Jenama kami merupakan salah satu aset terpenting. Ia membuka
peluang, menarik bakat-bakat terpilih, membezakan kami daripada yang
lain dan adalah jaminan kepercayaan dalam keupayaan kami.
Kini, jenama kami membawa makna lebih daripada kecemerlangan produk.
Ia adalah satu ukuran kualiti yang dibawa dalam setiap perkara yang
kami lakukan. Jenama kami adalah semua yang kita lakukan dan segala apa
yang kita katakan.
Semua jenama hebat didorong oleh satu minda yang serupa dengan janji jenamanya. Bagi kami di PruBSN
adalah 'Untuk Semua, Untuk Kehidupan'. Ia mendorong kami untuk
membangunkan dan menawarkan Produk Takaful yang mematuhi Syariah untuk
semua tanpa mengira umur, bangsa atau agama.
Ia mentakrifkan komitmen jangka panjang untuk membangunkan dan
membawa industri Takaful di Malaysia untuk kebaikan ekonomi dan sosial,
dengan azam memperkasakan kebebasan kewangan individu dan pertumbuhan
sektor kewangan Islam.
No comments